26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Agong, Raja Permaisuri agih 1,500 bubur lambuk kepada rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), hari ini.

Istana Negara menerusi Facebook rasmi berkata, program berkenaan turut melibatkan kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di perkarangan Surau Utama Istana Negara.

“Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

“Resipi bubur lambuk Pahang hasil air tangan Raja Permaisuri Agong istimewanya menggunakan bahan seperti pucuk paku merah, sayur-sayuran dan santan serta udang kering.

“Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk sentuhan Seri Paduka Baginda berdua diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis Sentul, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju,” menurut Istana Negara.

Baca juga:   Kanak-kanak didera ibu bapa angkat dalam jagaan JKM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli membantu menyediakan juadah itu.

Selain itu, Istana Negara berkata, bubur lambuk tersebut turut diagihkan kepada Kementerian Pertahanan, Institut Jantung Negara, Penjara Kajang.

“Lain-lain lokasi seperti Rumah Transit Gelandangan, Hospital Kuala Lumpur, Balai Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur,” katanya.

Baca juga:   Janusha terima ucapan tahniah daripada Agong, Permaisuri

Selain di ibu negara, Raja Permaisuri Agong akan menyediakan juadah tersebut di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) serta di Penjara Penor.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan