36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Berpuluh rangka, daging kisar haiwan dalam rumah sewa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BERPULUH rangka, organ, keratan anggota badan dan daging kisar disyaki haiwan spesis kucing ditemukan di sebuah rumah di kondominium Bayu Tasik Kondominium Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, 11 March lalu.

Penemuan meruntun perasaan itu dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis kediaman tersebut pada 13 Mac lalu memandangkan beberapa jiran sudah tidak tahan dengan suasana bau yang begitu busuk dari dalam rumah sewa tersebut.

“Rumah sewa itu dihuni seorang lelaki berusia 31 tahun warganegara Malaysia. Hasil pemantauan mendapati keadaan dalam rumah sewa tersebut juga kelihatan amat teruk, tragis dan mengerikan dengan banyak tubuh bergelimpangan dalam rumah sewa tersebut.

“… terdapat sebuah bilik turut dipenuhi bangkai haiwan disyaki kucing yang telah lama mereput.

Lebih menyedihkan lagi laporan polis yang dibuat pemilik premis di Balai Polis Salak South tidak dilayan dengan alasan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk membuat siasatan dan penguatkuasaan,” katanya.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, aduan berkenaan akhirnya sampai kepada Persatuan Haiwan Malaysia dan telah dipanjangkan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya.

Persatuan berharap agar satu tindakan penyiasatan dapat dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh.

“Jika benar dakwaan terdapat aktiviti kezaliman haiwan iaitu mematikan kucing dengan secara tragis dan mengerikan ini.

“Persatuan Haiwan Haiwan Malaysia menuntut agar pelaku kezaliman haiwan tersebut diheret ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan