32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Individu disyaki zalimi kucing dituduh hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing di sebuah kondominium di Cheras, minggu lalu.

Individu terbabit, Lim Chia Lin berasal dari Dalat, Sarawak berhadapan tuduhan menzalimi haiwan iaitu kucing berkenaan, kata Persatuan Haiwan Malaysia menerusi Facebooknya.

Persatuan itu berkata, lelaki terbabit ditangkap, direman dan siasatan berlangsung selama empat hari bermula 25 hingga 28 Mac lalu,

Dia akan dituduh di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika turut hadir mendengar sidang pertuduhan sebagai pemerhati bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan (Animal Criminal Justice System) berjalan dengan baik, lancar, beretika dan telus.

“Semoga keadilan untuk haiwan dan keadilan untuk manusia dapat ditegakkan. Makluman lanjut akan menyusul,” katanya.

Jumaat lalu media melaporkan penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan di dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran berkongsikan penemuan mengejut itu termasuk daging binatang dipercayai kucing yang telah dikisar.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan