22.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 14, 2025

Pemuda MCA saran gaji Hui Ying dipotong RM10

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMUDA MCA mencadangkan agar kerajaan memotong gaji Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying sebanyak RM10 setelah beliau gagal menjawab soalan berkaitan kementeriannya di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Daniel Wa Wai Hou berkata, kegagalan Hui Ying menunjukkan beliau tidak biasa dengan operasi di kementerian serta alasan yang diberi beliau tidak disediakan jawapan lisan oleh jabatan kerajaan adalah tidak munasabah.

“Kesilapan ini sukar diterima oleh masyarakat. Sekiranya menteri dan timbalan menteri tidak serius dalam menjalankan tugas mereka, bagaimana rakyat boleh yakin dengan kemampuan kerajaan ini untuk menguruskan negara dengan baik?

Advertisements

“Bagi mengelakkan kesilapan ini daripada berulang, saya percaya Parlimen perlu membentangkan usul untuk memotong RM10 daripada gaji Timbalan Menteri terbabit sebagai hukuman simbolik,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Semalam, media melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan bagi pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk meminta Kementerian Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan program Rancangan Makanan Khas (RMT). – EDISI9

Advertisements

Terkini

93,625 duduki ujian masuk MRSM, untuk isi 8,909 tempat 

SERAMAI 93,625 pelajar telah menduduki Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) untuk mengisi 8,909 tempat bagi pengambilan...

Lagi Artikel Berkaitan