32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

KPM ambil langkah tangani sekolah kepadatan penduduk

Antara usaha yang diambil oleh pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut adalah melalui penambahan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan keperluan dan kesesuaian tapak, atau pembinaan sekolah baharu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sekolah yang berada dalam kawasan kepadatan penduduk tinggi.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, perkara ini penting bagi memastikan murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus kepada pembelajaran dengan baik.

“Antara usaha yang diambil oleh pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut adalah melalui penambahan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan keperluan dan kesesuaian tapak, atau pembinaan sekolah baharu,”katanya di sini.

Beliau berkata, dalam konteks pembinaan sekolah baharu, KPM sentiasa mendapat input dan cadangan daripada jabatan pendidikan negeri (JPN).

“Seterusnya, KPM akan melaksanakan analisis keperluan pembinaan sekolah baharu secara terperinci.

Baca juga:   Tiada menteri Kabinet letak jawatan, semua sokong PM

“Antara perkara yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk (catchment area) serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT),”katanya.

Fadhlina berkata, di Parlimen Hulu Langat, KPM telah diluluskan projek pembinaan sekolah baharu SK Taman Pelangi, Semenyih dan SK Taman Sutera, Kajang dalam RMKe-11.

“Status projek bagi SK Taman Pelangi adalah di peringkat pembinaan, manakala bagi SK Taman Sutera adalah di peringkat prabina.

“KPM juga telah merancang untuk memohon projek pembinaan bangunan tambahan enam bilik darjah di SK Kantan Permai, Hulu Langat, Selangor dalam RMKe-12 Rolling Plan 4 tahun 2024.

Baca juga:   KPM ambil tindakan sewajarnya selesai isu guru COS

“Walau bagaimanapun kelulusan dan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

“Dengan pembinaan projek-projek tersebut, dijangka akan dapat mengurangkan kepadatan murid di sekolah-sekolah dalam Parlimen Hulu
Langat,”katanya.

Ujar beliau, KPM sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan kondusif agar menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan