28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keindahan iftar di Stadium Stamford Bridge menakjubkan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

STAMFORD Bridge menjadi stadium pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menganjurkan majlis berbuka puasa di kalangan masyarakat.

Majlis iftar di stadium milik kelab bola sepak Chelsea berkenaan turut dihadiri masyarakat yang bukan beragama Islam.

Jamuan berbuka puasa atau dikenali sebagai Open Iftar itu dilaksanakan menerusi kerjasama sebuah badan amal yang dikenali sebagai Ramadan Tent Project, yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh penganjur di laman Twitter, objektif penganjuran majlis iftar itu adalah untuk menyemai kasih sayang serta menolak kebencian dalam kehidupan masyarakat majmuk melalui sukan bola sepak.

Advertisements

“Meraikan kepelbagaain masyarakat melalui majlis iftar seperti bermain bola sepak mempamerkan kemampuan dan skil di atas padang untuk membuatkan permainan kelihatan lebih menarik.

“Mari kita berusaha menjaringkan gol untuk mencapai keamanan di bulan Ramadan,” katanya.

Selain itu, penganjur turut berkongsi di ciapannnya solat sunat terawih turut diadakan di stadium kelab gergasi bola sepak inggeris itu. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan