Tuesday, July 21, 2026

Pekerja asing Kemboja beri lebih opsyen buat majikan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Malaysia dan Kemboja semalam memberi pilihan kepada majikan dalam menggaji pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, MoU berkenaan akan berkuat kuasa selama lima tahun bagi pengajian pekerja warga Kemboja untuk sektor formal dan domestik.

Katanya, kemasukan pekerja daripada negara ASEAN berkenaan akan membantu majikan membuat pilihan dalam menggaji pekerja asing selain daripada warganegara Indonesia dan Filipina.

“Pada masa ini terdapat 4,422 pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara
(PLKS) warga Kemboja dan 923 warga Kemboja bekerja sebagai pekerja sektor domestik. 

“MoU pertama di kedua-dua sektor dari Kemboja telah ditandatangani pada 10 Disember 2015 dan tamat pada 9 Disember 2020.

“Kedua-dua MoU ini khususnya bagi sektor domestik akan memberikan lebih pilihan kepada majikan mengajikan pekerja sektor domestik dari Kemboja selain dari Indonesia dan Filipina,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sivakumar menyertai lawatan kerja sehari Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim ke Kemboja semalam.

Ketika di Phnom Penh, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya, Hun Sen telah menyaksikan acara menandatangani MoU mengenai pengajian pekerja warga Kemboja untuk sektor formal dan domestik. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan