29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

‘Order’ lain, sekali sampai lain rupanya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETIBAAN Ramadan pastinya menjanjikan keseronokan berpuasa dan juga pintu rezeki kepada peniaga baik yang menjual pakaian mahupun makanan di bazar Ramadan.

Dalam kemeriahan mengunjungi bazar Ramadan ada dalam kalangan peniaga dilihat mengambil kesempatan ke atas pembeli apabila menjual makanan yang rosak atau telah hangus.

Menerusi perkongsian di Facebook Jebon Hisham Shahrul yang kecewa apabila peniaga sengaja menindih martabak yang telah hitam di bahagian bawah sekali antara tiga keping yang dibelinya.

“Kau susun elok bertingkat, sedap bau, sampai rumah hendak hidang habis rentung rupanya.

Dugaan puasa pertama, hendak carut hilang pahala, nak pulangkan rasa tidak berbaloi. Ngap (makan) sahajalah berbuka nanti,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Ziela Aziz turut berkongsi pengalaman hari pertama berpuasa apabila roti John yang dibelinya dimasak hangus dan agak kering.

“Terkena juga berbungkus baik. Sekali buka… Ambil,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan