26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Usahawan KUSKOP catat jualan lebih RM300 juta di UAE

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 syarikat Malaysia di bawah Program Eksport Perniagaan (BEP) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mencatatkan jualan bernilai RM318,515,295 (USD72,525,000) sempena Gulfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

KUSKOP dalam satu kenyataan berkata, potensi jualan berkenaan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10 juta dan telah menerima tempahan pembekalan daripada pelbagai negara selepas empat hari tamatnya penganjuran Gulfood 2023.

Menurut kenyataan itu lagi, BEP dilaksanakan melalui agensi KUSKOP iaitu SME Bank.

“Semasa misi Gulfood 2023 tersebut, syarikat Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman RM2.5 juta untuk membekalkan kopi pracampuran untuk syarikat Grand Hypermarket Dubai.

“Penyertaan pertama kali usahawan-usahawan di bawah bimbingan KUSKOP di Gulfood 2023 jelas membuktikan Gulfood merupakan salah satu platform hebat dalam menonjolkan pelbagai rangkaian produk halal makanan dan minuman (F&B) usahawan-usahawan Malaysia yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing untuk pembeli di Dubai serta negara-negara serantau Timur Tengah dan Afrika Utara,” katanya.

Baca juga:   13 selamat dalam kemalangan lima kenderaan

Untuk rekod, Gulfood 2023 yang merupakan pameran perdagangan F&B terbesar dunia telah diadakan dari 20 hingga 24 Februari lalu.

11 syarikat yang menyertai Gulfood 2023 adalah Tisha Food Manufacturing Sdn Bhd, Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd, World Marketing Work Sdn Bhd dan Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd.

Baca juga:   Siti Nurhaliza beli kediaman mewah di Dubai

Seterusnya, SHRF Food Industries Sdn Bhd, CSM Dairy Success Sdn Bhd, Azaib Holdings Sdn Bhd, SD Impex Sdn Bhd, AW Manufaturing Sdn Bhd, The Boom Beverage Sdn Bhd dan Zhafou Global Sdn Bhd.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan