25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Tiada gunanya kekalkan pemain cedera – JDT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIADA gunanya Kim Pang-gon mengekalkan dua tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd. Hanapi dan Endrick Dos Santos dalam kem kebangsaan kerana kedua-duanya mengalami kecederaan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, ini kerana pemeriksaan perubatan doktor skuad kebangsaan mengesahkan kedua-dua mereka terpaksa diketepikan untuk tempoh enam hingga tujuh hari.

Katanya, Arif Aiman pertama kali melaporkan kecederaan hamstring kepada doktor Harimau Malaya sebelum perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan minggu lepas manakala Endrick dikeluarkan selepas separuh masa pertama akibat kecederaan buku lali.

“JDT memohon dua pemain itu dilepaskan memandangkan dan kami akan memantau pemain ini dengan lebih baik serta merawat mereka untuk kembali ke tahap kecergasan penuh untuk tempoh yang lebih lama.

“Tidak ada gunanya kedua-dua mereka kekal apabila sudah pasti tidak dapat beraksi dalam perlawanan pasukan kebangsaan seterusnya disebabkan kecederaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semalam memaklumkan bahawa Ariff Aiman dan Endrick terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan.

Susulan itu, kedua-dua pemain tersebut akan terlepas aksi persahabatan kedua menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru malam esok. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan