27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

MBSJ kutip sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma untuk kawasan perumahan teres sepanjang 15 hari sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

MBSJ dalam satu kenyataan di Facebook berkata, permohonan untuk kutipan sampah pukal itu boleh dibuat melalui KDEB Waste Management (KDEBWM) bermula 3 hingga 10 April depan.

Tambahnya, keutamaan perkhidmatan pengutipan akan diberikan kepada penduduk yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“MBSJ menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara PERCUMA bagi kawasan perumahan teres (Landed Property) di kawasan pentadbiran MBSJ bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023.

“Permohonan boleh dibuat terus melalui pihak KDEB Waste Management Sdn Bhd talian 03 80814437 atau aplikasi WhatsApp di talian 011 35584437,” katanya. – EDISI9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan