26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Sajian kaki ponteng puasa dalam tandas, mesin basuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

OPERASI cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok di Kelantan semalam berjaya mengesan taktik peniaga menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.

Dalam operasi antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, kakitangan operasi berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais.

Menurut Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, dalam operasi itu, pihaknya memberi amaran kepada seorang wanita yang juga pemilik rumah berusia 40-an.

“Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.

“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.

“Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

Advertisements

“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya seperti dilaporkan media, hari ini.

Suratemi berkata, pihaknya memberi nasihat kepada wanita itu supaya tidak menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa dan wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang.

Menurutnya wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.

“Dalam operasi itu, tiada tangkapan dibuat berikutan mereka sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Kita menasihatkan kepada semua terutama orang Islam supaya tidak makan dan minum di waktu siang di tempat yang terbuka pada bulan ini dan menghormati orang berpuasa,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dua pesawah dari Pendang wakili negara ke Konvensyen PBB

DUA pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen...

Lagi Artikel Berkaitan