31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Malaysia, Kemboja tingkat kerjasama pelbagai sektor – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Kemboja berharap dapat memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara serta mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor seperti pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan ke Kemboja merupakan peluang kepada kedua-dua negara membincangkan isu-isu mendesak mendesak yang memerlukan kerjasama dua hala berkepentingan.

“Ini seperti pendidikan dan industri makanan halal sementelahan meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkukuhkan lagi jalinan hubungan kedua-dua negara.

“Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh… Menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan kami dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.

Kedua-dua pemimpin sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.

MoU tersebut berkaitan pekerja Kemboja ke arah memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dalam lawatan rasmi sulung sehari ke Kemboja.

Lawatan itu adalah undangan Hun Sen untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan republik itu sejak 1957. 

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring mewakili kerajaan Kemboja.

Turut sama dalam lawatan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan