31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tawaran haji dikeluarkan secara berperingkat mulai Rabu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURAT tawaran haji bagi tahun 2023 akan dikeluarkan secara berperingkat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) mulai Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata ia akan melibatkan seramai 31,600 jemaah haji, dengan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada 2020.

“Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.

“TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan,”katanya di sini memetik laporan Astro AWANI.

Bagaimanapun, menurut beliau, bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Jelas Amrin lagi, rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac ini, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan