26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Sultan Johor puas hati kerajaan negeri kekal stabil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang kekal stabil selepas setahun terbentuk.

Sehubungan itu, baginda berharap keadaan tersebut akan terus berkekalan dan semua pihak termasuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang agar bekerjasama demi rakyat dan negeri Johor.

“Saya sangat berharap keadaan politik yang stabil ini terus dikekalkan dan semua pihak bekerjasama demi rakyat dan Johor.

“Selepas genap setahun Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor dipilih, saya berpuas hati dengan tingkah laku dan peranan dijalankan oleh setiap ahli Dewan.

“Tetapi selepas ini, janganlah dibawa semula perangai lama yang jelek dan tidak senonoh, supaya saya tidak perlu sebut lagi jangan jadikan Dewan ini seperti apa…,” titah baginda .

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika sesi Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Baca juga:   Projek Taman Solar Sultan Ibrahim terpaksa ditangguh

Baginda bertitah, prestasi kerja Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dipantau dan mendapati kesemua mereka bekerja dengan baik.

“Walaupun ada yang kurang pengalaman, namun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka.

“Jika tidak faham tentang sesuatu perkara, mereka boleh datang dan tanya saya, malah Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri juga ada untuk membantu melicinkan segala tugas serta menyelaras program yang hendak dilaksanakan,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Johor berharap ADUN-ADUN bukan kerajaan memainkan peranan untuk menjadi penyemak dan pengimbang kepada tindakan kerajaan agar tidak berbuat sesuka hati.

Baca juga:   Sukma 2022: Sultan Johor ucap tahniah

Baginda berpendapat, gelaran pembangkang yang diberikan ADUN berkenaan kurang sesuai kerana peranan mereka bukan hanya membangkang segala cadangan kerajaan.

“Namun begitu, janganlah pula ada sikap membalas dendam atau suka mencari kesalahan kerajaan sahaja.

“Saya juga tiada masalah dengan pihak pengimbang kerajaan, malah mereka juga boleh mengadap saya serta memberikan pendapat atau idea,” titah baginda.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pukul pemandu lori: 2 suspek kena tangkap, seorang masih diburu

DUA lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu lori kontena  yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang...

Lagi Artikel Berkaitan