24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir: Muar pulih, Batu Pahat masih buka 103 PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANJIR di Johor menunjukkan perkembangan positif setelah daerah Muar pulih sepenuhnya, manakala, jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 31,680 setakat pukul 8 pagi tadi.

Jumlah itu membabitkan 8,992 keluarga yang ditempatkan 107 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut maklumat terkini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 35,230 penduduk daripada 9,913 keluarga semalam.

“Muar pulih sepenuhnya daripada banjir setelah PPS di Balairaya Kampung Jawa, Bukit Kepong, Pagoh yang menempatkan 42 mangsa daripada 14 keluarga ditutup semalam.

“Batu Pahat masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu menunjukkan penurunan mangsa banjir dengan 31,581 orang (8,966 keluarga) di 103 PPS. Daerah Tangkak kekal dengan jumlah mangsa 24 orang (tiga keluarga) ditempatkan di satu PPS.

Advertisements

“Begitu juga di Segamat, jumlah mangsa kekal iaitu 75 mangsa (23 keluarga) di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, empat jalan di daerah Batu Pahat masih belum boleh dilalui oleh kenderaan berat kerana banjir iaitu Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng- Muar dan Jalan Haji Arif.

“Manakala lapan lagi jalan hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja, antaranya Jalan Parit Warijo, Jalan Sri Bengkal, Jalan Parit Jalil, Jalan Bindu, Jalan Panchor dan Jalan Parit Karjo,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan