30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 Julai ini

Mesti Baca

KAPAL Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) dijangka diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Julai ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, serahan itu akan dibuat sebagaimana yang telah dijanjikan dan dipersetujui pihak kontraktor.

Katanya, beliau berharap OPV kedua dan ketiga (OPV 2 dan 3) akan disiapkan dan diserahkan kepada agensi secepat mungkin pada tahun hadapan.

“Perolehan OPV1 ini adalah sangat penting kepada Maritim Malaysia.

“Ini kerana OPV sangat diperlukan untuk mengawasi dan memelihara kedaulatan serta keselamatan perairan negara khasnya di Laut China Selatan, isu seperti pencerobohan bot-bot nelayan asing akan dapat disekat dengan berkesan,” katanya.

Mohd. Zubil berkata demikian selepas hadir Perbarisan Paluan Berundur sempena persaraannya di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.

Mohd. Zubil akan bersara wajib pada 19 Mac ini selepas 41 tahun dalam perkhidmatan sementara Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Datuk Saiful Lizan Ibrahim akan menanggung tugas beliau.

Baca juga:   Semak status sekatan perjalanan sebelum ke luar negara

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Maritim Malaysia bagi menuntut penjelasan mengenai kelewatan perolehan OPV.

Ini susulan makluman Maritim Malaysia pada 13 September tahun lalu mengenai kelewatan perolehan tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 tetapi masih dalam pembinaan.

Bagaimanapun, pada 4 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek (OPV 1) disiapkan tahun ini.

Baca juga:   Bot nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Sarawak

Sementara itu, Mohd. Zubil menyeru seluruh warga agensi itu sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Jangan sesekali membuka ruang kepada orang luar mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita. Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua menjaga imej dan nama baik agensi agar kita terus dipandang tinggi dan disegani sama ada kawan mahupun lawan,” tegasnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan