31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Radzi sangkal dakwaan Ganabatirau Klang dianaktirikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau bahawa kawasan itu dianaktirikan oleh kerajaan terdahulu.

Ahli Parlimen Putrajaya berkata sebaliknya Parlimen Klang telah mendapat lima buah sekolah yang peruntukannya telah diluluskan, sama ada bagi pembinaan bilik darjah mahupun bangunan baharu.

Beliau berkata, antara sekolah yang mendapat kelulusan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning membabitkan pembinaan baharu 42 bilik darjah yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Selain itu, katanya, KPM turut meluluskan pembinaan baharu 36 bilik darjah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Raja dan 42 bilik darjah bagi SMK Meru.

“Terdapat dua projek pembinaan bangunan baharu SK Pulau Indah iaitu bangunan baharu 12 bilik darjah dan dewan terbuka dan SMK Meru melibatkan bangunan baharu yang mengandungi lapan bilik darjah PPKI dan kemudahan lain,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ganabatirau dalam Dewan Rakyat mendakwa kawasan Bukit Raja, Klang telah membangun sejak 20 tahun lalu dengan 20,000 penduduk dan mempunyai tujuh buah tapak bagi pembinaan sekolah.

Advertisements

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada mana-mana rancangan untuk membina sekolah di kawasan terbabit dan menggangap mereka dianaktirikan.

Radzi berkata, beliau cuba untuk mencelah bagi menjawab dakwaan dibuat Ganabatirau namun tidak diberi peluang.

Menjelaskan isu tersebut, Radzi berkata, perancangan untuk projek-projek penbinaan sekolah baharu sememangnya mengikut satu proses yang telus dan mengambil kira kepadatan penduduk di satu-satu kawasan.

“Tidak timbul isu menganaktirikan siapa-siapa. Saya percaya proses yang sama akan diteruskan oleh KPM pada masa akan datang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan