27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jambatan Bailey siap, laluan ke Felda Selancar dibuka

Mesti Baca

JALAN masuk ke Perwira Jaya dan Felda Selancar, Rompin, Pahang yang terputus akibat banjir minggu lalu kini boleh dilalui selepas pembinaan jambatan Bailey di lokasi terbabit sudah siap dibina.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jambatan tersebut kini boleh digunakan oleh penduduk bagi meneruskan urusan harian selepas terputus sebelum ini.

“Alhamdulilah, pemasangan jambatan Bailey di Felda Selancar, Rompin Pahang telah siap dan boleh digunakan untuk kegunaan penduduk di sana.

“Terima kasih buat pihak NADMA, ATM, APM, JKR dan semua agensi yang terlibat yang telah menyiapkan jambatan ini dengan segera,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Dalam kejadian banjir 1 Mac lalu, Jalan Perwira Jaya-Selancar runtuh akibat banjir setelah hujan lebat melanda negeri itu beberapa hari.

Zahid Hamidi meninjau keadaan jalan Felda Selancar, Rompin yang runtuh akibat banjir.FOTO: Facebook Zahid Hamidi

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa yang mendapat khabar berhubung kejadian itu bergegas ke Felda Selancar dan mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membina jambatan Bailey dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Advertisements

Beliau turut menghubungi Panglima Tentera Darat untuk menghantar Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Darat ke tempat kejadian dan segera membina jambatan berkenaan bagi menghubungkan laluan jalan yang terputus dalam tempoh siap sekitar 48-72jam.

“Ini adalah langkah sementara bagi memastikan laluan ini dapat digunakan semula sebelum jalan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) nanti,” katanya.

Sementara itu, JKR menerusi Facebook hari ini berkata, jambatan Bailey yang kini sudah dibuka bagi penggunaan orang ramai tetapi terhad untuk kenderaan ringan atau muatan tidak lebih daripada 40 tan dengan berkelajuan 30 kilometer (km) sejam.

“Untuk tujuan keselamatan, dimohon pengguna berhati-hati dan patuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan,” katanya.

Difahamkan kerja-kerja pembinaan jambatan Bailey itu mengambil masa selama 42 jam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan