28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM jamin program Jana Wibawa diteruskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) akan diteruskan bagi membantu golongan bumiputera.

Malah ujar Menteri Kewangan berkenaan, beliau memegang jawatan bukanlah untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa serta mengetahui maksud pendakwaan terpilih.

Jaminan berkenaan sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau akan membatalkan projek tersebut, namun memerlukan rundingan semula.

“Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan, ada syarikat Cina ‘dibumiputerakan’ kerana dia kebetulan kawan baik di Johor.

“Jadi itu pun nak pertahankan, projek Bumiputera bagi kepada Cina… apa dia, peraturan kewangan apa macam ini.

“Kalau nak bagi projek, saya tidak halang tetapi ini projek khusus Bumiputera, mengelirukan,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar Anwar, Jana Wibawa dikatakan mempunyai dua fasa di bawah tata kelola Pagoh dan Bera.

“Jana Wibawa fasa 1.0 itu Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Jana Wibawa 2.0 itu Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), saya tidak ambil kisah.

“Terpulang kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) nak semak, semaklah.

Advertisements

“Saya tak kata harus semak Jana Wibawa 1.0, kalau rasa ada bukti 2.0 bawah Bera, siasat, saya tidak suruh,” katanya.

Beliau berkata, fitnah dan kecaman boleh berlaku kepada sesiapa saja.

“Saya nak beritahu, saya pegang jawatan ini bukan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa.

“Saya tahu apa erti pendakwaaan terpilih, Puchong (merujuk Gobind Singh Deo, bekas Ahli Parlimen Puchong) pun ada, dia faham.

“Tetapi mereka cerca kita, tanya penjelasan SPRM dan Peguam Negara, sepatutnya dituju ke situ,” katanya.

Menurutnya, semua pihak harus menilai apa pertuduhan dan bukti sama ada terdapat rasuah atau tidak.

Hari ini, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, esok berhubung projek Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Pagoh itu bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan