26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

JPN urus penjadualan semula calon SPM terjejas banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) akan menguruskan penjadualan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi calon yang terjejas banjir.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penjadualan semula peperiksaan itu akan dilaksanakan bermula 16 hingga 22 Mac ini.

Sehubungan itu menurut kenyataan berkenaan, calon turut dinasihatkan untuk menghubungi talian bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP) dan JPN seluruh negara bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022.

“Penjadualan semula peperiksaan ini melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkesan dengan bencana banjir dan calon yang disahkan positif Covid-19.

“Maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan yang perlu diduduki akan dimaklumkan oleh JPN kepada calon serta sekolah yang terlibat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPM memberi jaminan akan terus memantau situasi banjir dan persediaan dari segi logistik, kesiapsiagaan pusat peperiksaan dan pelantikan petugas peperiksaan bagi memastikan penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” katanya.

5 Mac lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata penjadualan semula SPM 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini.

Menurutnya, ia membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

Sehubungan itu, talian bagi Bilik Gerakan LP di Putrajaya ialah 03-8889 3520; 03-8889 3601; dan 03-8889 3551.

Manakala, bilik gerakan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) Johor pula di talian 07-231 0051; 07-231 0050; dan 07-231 0049.

Di SPP Pahang, 09-571 573 dan di SPP Sarawak 082-473 507; 082-473 519; dan 082-473 520.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan