Thursday, July 23, 2026

Liga Europa: United bawa bekalan selesa ke Sepanyol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United mencipta kemenangan bergaya 4-1 ke atas Real Betis dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Europa di Old Trafford awal pagi tadi.

Pengendali United, Erik ten Hag mengekalkan kesebelasan yang sama ketika tewas kepada Liverpool minggu lalu namuk anak buahnya bangkit untuk membawa bekalan selesa bagi aksi timbal balik di Sepanyol.

Marcus Rashford meletakkan Red Devils di depan seawal minit keenam, yang merupakan gol ke-25 peribadinya musim ini.

Pelawat bagaimapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ayoze Perez pada minit ke-32.

Separuh masa kedua menyaksikan United terus garang apabila meledak tiga gol masing-masing menerusi Anthony, Bruno Fernandes dan Wout Weghorst.

Aksi lain menyaksikan AS Roma menang 2-0 ke atas Real Sociedad, Bayer Leverkusen 2-0 Ferencvaros, Union Berlin 3-3 Union Saint-Gillois, Shaktar Donetsk 1-1 Feyenoord, Juventus 1-0 Freiburg dan Arsenal 2-2 Sporting Lisbon. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan