28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Arsenal bangkit ikat Sporting Lisbon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat Sporting Lisbon 2-2 dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Jose Alvalade, William Saliba meletakkan Gunners di depan apabila menanduk masuk sepakan penjuru Fabio Vieira pada minit ke-22.

Tuan rumah mengikat kedudukan pada minit ke-34, juga menerusi sepakan penjuru. 

Gol penyamaan Sporting itu dijaringkan Goncalo Ignacio yang menanduk hantaran Marcus Edwards sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.

Advertisements

Paulinho meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-55 namun Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 2-2 tujuh minit kemudian.

Gol Gunners diperoleh hasil percubaan kapten, Granit Xhaka yang terbias Hidemasa Morita sebelum menewaskan Antonio Adan di gawang Sporting.

Perlawanan timbal balik kedua akan diadakan pada awal pagi Khamis, 17 Mac ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hannah seru henti sebar versi tidak tepat keadaan Faisal

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan pelbagai versi tidak tepat mengenai keadaan Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan