30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TMJ titah JDT salur jualan tiket kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan supaya semua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

Sehubungan itu, kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyalurkan semua hasil jualan tiket perlawanan di laman sendiri kepada mangsa banjir di negeri itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, ia melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan pada 11 Mac, Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).

Advertisements

“Semua dana hasil daripada penjualan tiket itu akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di Johor,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, semalam.

Untuk rekod berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 9.22 pagi tadi, sebanyak 40 819 mangsa banjir dari 11,546 keluarga direkodkan di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih di buka di Johor.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan