34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Papsma cadang beku pengambilan pekerja Bangladesh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) mencadangkan kerajaan membekukan kelulusan pekerja asing buat sementara waktu sehingga kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh dapat dikawal.

Setiausaha Agungnya, Dr. N. Sukumaran berkata, hal ini bagi mengekang monopoli pihak tertentu untuk mengenakan kos rekrut yang tinggi, menghadkan agensi pekerjaan, mengenakan berbagai sekatan seperti Sistem MIGRAMS dan sebagainya.

Katanya, Sistem MIGRAMS kini dimonopoli enam agensi pekerjaan Bangladesh setakat ini dan dengan sejumlah hampir satu juta permohonan telah diluluskan Kementerian Sumber Manusia setakat ini.

“Sistem MIGRAMS yang diwujudkan penyedia perkhidmatan mengenakan kos sebanyak RM100 bagi pendaftaran setiap pekerja untuk masuk ke negara ini.

“Yang anehnya, pembayaran ini dikenakan hanya untuk pekerja Bangladesh sahaja yang dibayar dengan pembayaran tambah nilai e-wallet antarabangsa oleh agensi-agensi pekerjaan Bangladesh.

“Jika sistem monopoli ini tidak diambil tindakan yang serius, maka untuk mencapai anggaran dan jumlah kemasukkan pekerja asing akan mengambil masa yang terlalu lama,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Mengulas lanjut Sukumaran berkata, Papsma mencadangkan pengrekrutan dari Bangladesh dibekukan serta merta sehingga pencapaian yang adil diterai kedua-dua negara

Katanya, ini bagi memastikan pekerja tidak dianiaya tanpa sebarang kerja sepertimana yang dikontrakan majikan selepas kemasukan mereka ke negara ini.

“Papsma memohon kementerian (terlibat) untuk mengambil tindakan yang serius dan mengkaji struktur dan protokol yang lebih professional bagi membendung gejala melambakkan pekerja asing di negara ini jika keadaan ini berlarutan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan