25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

73.67 tan sisa makanan dibuang sehari, Klang tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 73.67 tan sisa buangan dari bahan makanan di bazar Ramadan seluruh Selangor dibuang setiap hari sekaligus mencatatkan peningkatan, tahun ini.

KDEB Waste Management (KDEBWM) menerusi kenyataan berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan kira-kira 45 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

KDEBWM berkata, daripada jumlah tersebut, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mencatatkan pembuangan sisa makanan tertinggi iaitu kira-kira 17.93 tan berbanding tahun lalu sekitar 1.43 tan.

“Ia diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebanyak 16.1 tan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 13.48 tan dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ),10.99 tan. Kawasan lain mencatatkan angka kurang daripada 10 tan sehari,

“Jumlah 73.67 tan yang direkodkan ini melibatkan tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berbanding 50.78 tan pada setiap hari pada bulan Ramadan tahun lalu,”katanya.

Mengulas lanjut, KDEBWM berkata, peningkatan itu susulan daripada penambahan jumlah petak perniagaan dan peniaga di Bazar Ramadan di negeri ini berbanding tahun sebelum ini yang sedikit terhad berikutan impak daripada pandemik COVID-19.

Ujarnya, secara keseluruhan sebanyak 10,524 petak disediakan pada tahun ini berbanding tahun lalu iaitu hanya 7,623. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan