29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PH Melaka sokong pembentukan Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) Melaka menyokong cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan untuk mengekalkan kestabilan politik di negeri itu.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka baharu dalam memakmurkan ekonomi negeri.

“Secara dasarnya, Pakatan Harapan Melaka menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri Melaka. 

“PH Melaka akan berusaha untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional negeri Melaka demi memastikan kestabilan politik negeri dapat diwujudkan dan seterusnya kemakmuran ekonomi negeri dapat dipertingkatkan,” katanya di hantaran Facebook.

Terdahulu, kemelut politik negeri Melaka kembali hangat berhubung isu pertukaran pemimpin negeri itu.

Advertisements

Isu pertukaran ketua menteri itu timbul semula sejak kebelakangan ini, susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan telah menerima Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Zahid juga mengesahkan Rauf merupakan calon ketua menteri yang baru.

Pada 21 November lalu, Sulaiman memimpin BN menang dua pertiga majoriti pada Pilihan Raya Negeri lalu dengan 21 kerusi bagi membentuk kerajaan yang ditadbir sepenuhnya oleh semua ADUN BN dalam senarai Exco. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari memaklumkan ketua menteri baru dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan