25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Video kembali tular penceramah fitnah PDRM: Orang ramai dinasihat tidak kongsi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak menyebar dan berkongsi lanjut klip video yang memaparkan penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi mana-mana platfom media sosial.

Ini kerana, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner, Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan penyebaran klip video yang berdurasi 55 saat itu yang kembali ditularkan melalui media sosial.

Menurutnya, klip video itu memaparkan seorang penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah warga PDRM ketika menyampaikan ceramahnya.

“Penceramah agama terbabit telah mendakwa bahawa polis tidak sembahyang Jumaat serta menggelarkan anggota polis ‘bodoh’ kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

“Semakan mendapati klip video berkenaan adalah rakaman pada tahun 2016. Rekod menunjukkan penceramah terbabit telah dituduh dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya lagi, PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar dan berkongsi lanjut klip video berkenaan menerusi mnaa-mana platfom media sosial.

“Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan