25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Johari dilantik ketuai pasukan petugas skandal 1MDB

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Titiwangsa itu dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam seperti dilaporkan Bloomberg.

Pada 2020, kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pulangan aset 1MDB yang dirampas di seluruh dunia, bernilai AS$1.4 bilion.

Bulan lalu, Johari menggesa kerajaan menyiasat peranan pihak yang terbabit dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs, menyifatkan itu sebagai tidak adil dan meragukan.

Beliau berkata, Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, sekali gus meraih AS$600 juta sebagai yuran komisyen.

Johari dalam satu hantaran di Facebook beliau telah menegaskan membawa kepada perhatian Dewan Rakyat mengenai isu peguam yang mewakili 1MDB kerana tidak memfailkan saman kepada bank pelaburan di Amerika Syarikat iaitu Goldman Sachs.

“Jabatan Kehakiman (DoJ) telah memberikan fakta secara jelas bahawa Goldman Sachs merupakan Financial Advisor kepada 1MDB dan juga Lead Manager yang bertanggungjawab menguruskan terbitan bon AS$6.5 bilion tetapi peguam yang mewakili 1MDB tidak langsung memfailkan saman di Amerika Syarikat terhadap bank pelaburan ini.

Advertisements

“Saya melihat siasatan terhadap 1MDB ini hanya tertumpu bagi mencapai objektif politik sahaja tetapi tidak menumpukan kepada pengurus, eksekutif dan pengarah didalam syarikat 1MDB yang telah melakukan criminal breach of trust.

“Malah sebahagian dari mereka menawarkan diri sebagai crown witness untuk menyelamatkan diri,” kata Johari baru-baru ini.

Malah dakwa beliau, siasatan haru dilaksanakan kepada kesemua pengurusan kanan yang bekerja didalam syarikat 1MDB.

“… bukan hanya seorang sahaja yang kita siasat dan dakwa kerana keadilan perlu melibatkan secara menyeluruh dengan semua pengurusan yang turut serta dalam skandal terbesar ini.

Hari ini, mahkamah di New York menjatuhkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dengan hukuman penjara 10 tahun kerana terbabit dalam skandal 1MDB.

Sebelum ini, Roger Ng didapati bersalah membantu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pada April lalu, juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mendapati Roger Ng bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas orang atasannya, Tim Leissner menggelapkan wang daripada dana itu, mencuci hasil dan merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan