24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nyanyian secara terbalik Naim Daniel diiktiraf MBOR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANYI, Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) selepas tampil membuat persembahan nyanyian secara terbalik di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), baru-baru ini.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, berkata, dia sangat gembira dengan penghargaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pembukaan yang baik buatnya sebelum melangkah ke bulan Ramadan.

“Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.

“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ianya takkan terhenti di sini.

“Selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan. Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba,” katanya dalam Instagramnya, malam tadi.

Terdahulu, Naim dilaporkan berkata, persembahan itu dilakukan dengan pengawasan profesional.

Advertisements

“Sebelum melakukan persembahan terbalik itu, saya dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor, untuk berbincang mengenai persembahan yang akan dilakukan.

“Selain itu, turut dititikberatkan bagaimana teknik pernafasan yang sesuai semasa berada di atas. Saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai, supaya jangan melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional,” katanya.

Di AJL37, Naim mempersembahkan lagu Mainan secara tergantung dengan kaki di atas dan kepalanya di bawah, sekali gus mengejutkan penonton program secara langsung itu.

Lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga serta lirik Arisz Ab. Rahman hingga kini meraih perhatian 1.4 juta pendengar dalam YouTube.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan