31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPDN agih Bakul Rahmah, wang kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengagihkan sumbangan kotak makanan Bakul Rahmah dan wang tunai kepada 313 keluarga mangsa banjir yang terjejas di daerah Rompin.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sumbangan kotak makanan dibuat melalui kerjasama Rakan Strategik KPDN bersama beberapa syarikat dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kata Fuziah, sejumlah RM72,000 wang tunai turut di salurkan bagi meringankan beban semua mangsa banjir di Rompin.

“Sumbangan kotak makanan dan Bakul Rahmah ini disumbangkan oleh Rakan Strategik KPDN antaranya Yayasan Food Bank Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, BS Freshmart, dan NGO Mawaddah.

“Manakala sumbangan wang tunai berjumlah RM72,000 disumbangkan oleh Tabung Musaadah JAKIM dan Yayasan Takwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bantuan yang disalurkan adalah untuk meringankan beban 313 keluarga yang terkesan meliputi enam kampung di sekitar daerah Rompin.

“Sejumlah 313 keluarga dari enam kampung iaitu penduduk kampung Orang Asli dan kampung tradisi di Kg. Bukit Serok, Kg. Meripoh, Kg. Rekoh, Kg. Perwira Jaya, Kg. Lubok Batu, Kampung Gadak dan Kuarters DARA Teh telah menerima sumbangan berbentuk bakul makanan dan wang tunai untuk membantu meringankan beban mereka yang ditimpa bencana,” ujarnya.

Menurut Fuziah lagi, KPDN telah menggerakkan Program Food Bank Malaysia dan Bakul RAHMAH untuk membantu mangsa banjir yang terkesan sepanjang berlakunya bencana tersebut.

“Sehingga kini, Sekretariat Food Bank Malaysia bersama Rakan-Rakan Strategik Utama program Bakul RAHMAH telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan siap masak atau ready to eat (sedia makanan) dan keperluan diri kepada mangsa yang telah ditempatkan di 41 buah Pusat Penempatan Sementara di lima buah negeri yang terlibat iaitu Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan Kelantan,” jelasnya. – EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan