26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Koperasi GTR, SDO kerjasama perkenal marjerin Alif untuk GTR burger

Kolaborasi perniagaan Bumiputera ini mampu mengangkat dua jenama tempatan dalam satu platform.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOPERASI GTR dan Sime Darby Oils (SDO) menjalin kerjasama memperkenalkan marjerin eksklusif di bawah jenama Alif untuk dipasarkan bersama jenama burger tempatan, GTR Burger.

Ketua Jualan Pelanggan SDO, Mohammad Rahimi Abdullah berkata, marjerin eksklusif ini dipasarkan khas menerusi kerjasama antara Sime Darby Oils dan GTR.

“SDO adalah pengusaha minyak sawit yang mampan di Malaysia, dengan kerjasama ini bekalan tidak putus dan memenuhi keperluan pelanggan.

“Sebagaimana diketahui umum minyak masak ALIF dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak.

“Hari ini, kami umumkan kerjasama antara Sime Darby dan GTR Burger menerusi perjanjian eksklusif dimana marjerin ALIF akan dibekalkan di semua gerai GTR, ” katanya di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menandatangani majlis Memorandum Persefahaman Bersama (MOU) antara marjerin ALIF untuk GTR Burger bersama Sime Darby Oil di sini hari ini.

Baca juga:   Peniaga nasi lemak didenda RM50,000 anjur 'wang kutu'

Turut hadir, Pengasas Bersama GTR Burger, Nordin Mat dan Najib Jalil.

Dalam pada itu, Nordin berkata, GTR Burger yang mula beroperasi pada tahun 2021 kini sudah memiliki 300 cawangan dan tiga pusat pemprosesan di Kuching Sarawak, Puchong, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.

“GTR merancang untuk membuka sehingga 500 cawangan pada Julai nanti dan 1,000 cawangan pada akhir tahun nanti.

Baca juga:   Kesesakan rumah kongsi, pusat tahanan sumbang penularan Covid-19

“Kami akan pasarkan marjerin ALIF ini ke seluruh cawangan kami.

“GTR Burger memang mempopularkan bahan tempatan, produk tempatan guna daging segar tempatan, sekarang sokong GLC tempatan iaitu SDO disamping membantu membuka peluang niaga kepada anak tempatan.

“Kolaborasi perniagaan Bumiputera ini mampu mengangkat dua jenama tempatan dalam satu platform, lagipun jenama ALIF sangat sesuai untuk roti GTR, sesuai untuk produk roti John, ” katanya.

Terdahulu GTR Burger memaklumkan kerjasama bersama Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena kedatangan bulan Ramadan nanti.

Dinamakan “Kebahagiaan Ramadan 2023”, program yang akan dilancarkan itu nanti mensasarkan dua juta umat Islam menerima manfaatnya.

Kerjasama dengan RI itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut.

Orang ramai yang mahu menyertai peluang niaga bersama GTR Burger boleh melayari www.gtrburger.my. – Edisi 9

Baca juga:   Muhyiddin dakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat terkhilaf

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan