27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

GTR Burger sasar santuni dua juta umat Islam

Program Kebahagiaan Ramadan 2023 sedia juadah berbuka kepada lebih 20 ribu masjid, pusat tahfiz, surau dan madrasah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT tempatan, GTR Burger mensasarkan untuk menaja dan membekalkan hidangan juadah berbuka puasa kepada lebih 20 ribu masjid, pusat tahfiz, surau dan madrasah di seluruh negara, melibatkan dua juta umat Islam di negara ini.

Menerusi program Kebahagian Ramadan 2023, syarikat itu menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) kerjasama untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu.

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata, kerjasama itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut.

“Gabungan kedua organisasi ini menghasilkan satu program Kebahagiaan Ramadan 2023 yang antara agendanya adalah mencari dana serta memberikan manfaat kepada dua juta orang sepanjang Ramadan nanti.

Advertisements

“Selain mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini, kami juga ingin menjadikan bulan yang mulia itu lebih bermakna kepada kita semua melalui rezeki yang dikongsi bersama orang yang memerlukan”, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi program itu, dijangka lima ribu peniaga mendapat manfaat dalam membekalkan hidangan juadah berbuka puasa yang akan diagihkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

“Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan infak dan sedekah program Kebahagiaan Ramadan 2023 serendah RM30. Sumbangan boleh disalurkan menerusi website https://rezekiinfaq.com/kempen/kebahagiaan-ramadan-2023/.

“Kami mengharapkan sokongan semua pihak untuk bersama-sama mengimarahkan Ramadan nanti dengan amal jariah serta infak untuk mereka yang memerlukan”, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan