24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Guan Eng tidak jawab persoalan saya – Muhyiddin

Guan Eng bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai, cukai penalti 45 peratus ke atas Yayasan Al-Bukhary

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya beliau memfitnah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Al Bukhary.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Justeru kata Muhyiddin, Guan Eng bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45 peratus ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam.

“Guan Eng tidak menyentuh langsung intipati apa yang telah saya katakan.

“Saya menerima surat rayuan daripada Yayasan Al-Bukhary semasa menjadi Perdana Menteri. Saya  dimaklumkan bahawa yayasan menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam. Pengecualian cukai tersebut diberikan di bawah S.127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Advertisements

“Selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa pada Mei 2018, LHDN enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini dengan mengenakan semula cukai berserta 45 peratus cukai penalti terhadap Yayasan Al-Bukhary,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhyiddin ketika sidang media di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis lalu mendedahkan, Guan Eng bertanggungjawan membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan terhadap Yayasan Al Bukhary.

Guan Eng bagaimanapun mengeluarkan kenyataan balas di Facebook hari ini memberitahu, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan spesifik bagi membatalkan kelulusan tersebut seperti yang didakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“ Saya ingin tekankan dengan tegas bahawa semasa menjadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang telah diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jelas sekali, fitnah Muhyiddin yang tidak berasas ini berniat jahat untuk memainkan sentimen bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dihadapi beliau,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan