25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tempoh mengundi Pemilihan UMNO dilanjutkan di kawasan terjejas banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Pemilihan UMNO (JPU) menetapkan tempoh pengundian bagi pemilihan UMNO 2023 peringkat sayap hari ini dilanjutkan sehingga jam 7 malam khusus bagi bahagian UMNO yang terkesan banjir.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad, berkata pendekatan sama juga akan dilaksana pada persidangan 18 Mac depan sekiranya situasi banjir khususnya di Johor masih belum reda sepenuhnya.

“Bagi lanjutan proses pemilihan peringkat sayap esok, JPU sudah memutuskan proses pemilihan di bahagian UMNO Parit Sulong di Batu Pahat, Johor dilanjutkan sehingga tempoh itu.

“Bagi bahagian-bahagian yang terkesan akibat banjir seperti Parit Sulong, JPU sudah memutuskan bahawa tempoh masa untuk mengundi boleh dilanjutkan sehingga jam 7 petang bagi membolehkan seberapa ramai perwakilan menyertai pemilihan UMNO di peringkat sayap di bahagian mereka.

“Sekiranya keadaan itu berlarutan juga sehingga 18 Mac, kaedah sama boleh juga dipakai oleh bahagian Parit Sulong atau bahagian lain untuk keselesaan dan melancarkan pengundian bolehlah diadakan tempoh pemilihan sehingga jam 7 petang pada hari yang sama,” katanya memetik UMNO Online.

Advertisements

Shahrir berkata, JPU tidak boleh mengalihkan daripada tarikh perwakilan sayap yang sudah ditetapkan pada 11 Mac dan 18 Mac bagi bahagian tetapi proses pengundian itu boleh dipanjangkan sehingga jam 7 petang.

Bahagian UMNO Parit Sulong, Sri Gading, Segamat dan Ayer Hitam antara bahagian yang terkesan ketika ini ekoran banjir termenung yang melanda kawasan berkenaan.

Berdasarkan data di Portal Bencana Banjir Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) setakat jam 6 pagi semalam, lebih 37,230 mangsa banjir masih direkodkan di Batu Pahat membabitkan 10,440 keluarga.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, JPU juga memutuskan proses pemilihan parti bahagian UMNO Rompin di Pahang diadakan di dua tempat berasingan.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan