26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Tawaran diskaun saman trafik bermula hari ini – PDRM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan diskaun sehingga 60 peratus sempena Hari Polis bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Menerusi satu kenyataan, PDRM memaklumkan tawaran pengurangan berkenaan tertakluk kepada saman terpilih sahaja dan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal.

“PDRM melalui JSPT akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di ibu pejabat Polis kontinjen dan daerah di seluruh negara bermula 20 hingga 31 Mac 2023.

“Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik,” kata kenyataan itu semalam.

Baca juga:   PRU15: Zahid, Anwar berunding bentuk Kerajaan

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti kemalangan, kesalahan bicara mahkamah, saman berstatus waran, kesalahan berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

Selain itu, turut tidak mendapat kompaun adalah kesalahan melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan tidak boleh kompaun (NC). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan