26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Kerajaan komited pinda RUU had umur ‘p-hailing’

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan akan meminda Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan had umur penghantar makanan (p-hailing) daripada 21 tahun ke 18 tahun dengan membawa usul pindaan di Dewan Rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan itu apabila diluluskan di peringkat Parlimen membolehkan pemandu p-hailing yang berumur 18 tahun mendapatkan lesen kenderaan barangan sekaligus melibatkan diri dalam aktiviti gig ekonomi untuk menjana pendapatan.

“Kerajaan komited untuk turunkan umur daripada 21 tahun ke 18 tahun melalui pindaan undang-undang di Parlimen. Pindaan ini membolehkan untuk mendapat lesen GDL pada usia 18 tahun yang akan mudahkan riders.

“Proses kawal selia akan menjadi lebih mudah dan penumpang tidak akan terbeban. Jangan bimbang had umur akan diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam program Townhall Rakyat bersama Menteri Pengangkutan, malam tadi.

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban turut meminta agar waktu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilanjutkan di seluruh kiosk.

Mengambil contoh seperti yang dilakukan oleh pihak bank, orang ramai masih boleh mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) walaupun bank sudah tutup.

“Kiosk boleh letak di kawasan tumpuan orang ramai seperti di kawasan membeli-belah dan KL Sentral,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan