28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Diana minta cerai, ramai jejaka ‘miang’ tawar diri

Mesti Baca

ALAHAI baru memohon cerai ramai pula jejaka-jejaka ‘miang’ di luar sana yang menawarkan diri untuk jadi pengganti.

Itulah saham seorang pelakon cantik seperti Diana Danielle yang baharu menuntut cerai dengan suaminya juga pelakon, Farid Kamil.

Semalam, media melaporkan pelakon filem Imaginur itu menuntut agar suaminya itu melepaskannya atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Diana juga menerusi media sosial telah meluahkan perasaannya seolah-olah beliau kini “sudah keluar daripada kesedihan.”

No longer in her sad girl era,” tulis wanita berusia 32 tahun itu menerusi media sosialnya.

Ekoran itu, ramai jejaka yang memberi maklum balas dan ada yang menawarkan diri untuk menjadi pengganti sekiranya Farid menceraikannya.

“Kalau Farid Kamil tak nak, Farid ***** nak. Don’t worry (jangan bimbang) Diana, abang sentiasa berada belakang awak,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, komentar netizen tersebut dibalas pula oleh seorang lagi jejaka.

“Dia trauma dah dengan Farid, Farid ni… Fandi OK-lah.”

Seorang lagi netizen membalas: “Fobia dah dengan huruf F, boleh try (cuba) huruf S pula.”

Netizen lain pula turut mahu mencuba nasib apabila menawarkan diri untuk menjadi pengganti.

“Seandainya Diana perlukan pengganti, saya yang terbaik.”

Namun tidak kurang juga melontarkan kata-kata nasihat agar Diana terus bersabar mengharungi dugaan dalam rumah tangga dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

Farid, 42, dan Diana berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan