32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Infantino dipilih semula Presiden FIFA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GIANNI Infantino dipilih semula sebagai Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi sesi 2023-2027.

Pemilihan itu dibuat dalam Kongres Kali Ke-73 FIFA yang diadakan di Kigali, Rwanda hari ini.

Infantino sebelum ini dipilih sebagai Presiden FIFA dalam Kongres Luar Biasa pada 2016 bagi menggantikan Sepp Blatter yang mengundurkan diri.

Untuk rekod ini merupakan penggal kedua Infantino mengetuai badan induk bola sepak berkenaan.

“Sangat menakjubkan, ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan serta tanggungjawab besar. Saya berjanji akan terus berkhidmat untuk FIFA dan bola sepak seluruh dunia.

“Kepada mereka yang sayangkan saya, saya tahu sangat ramai dan mereka yang membenci saya… Saya sayang kamu semua,” katanya hari ini.

Advertisements

FIFA semalam mengumumkan Piala Dunia di Amerika Utara 2026 akan ditambah bilangannya kepada 48 pasukan membabitkan empat negara dalam satu kumpulan.

Itu akan menjadi kejohanan pertama membabitkan 48 pasukan di Piala Dunia, penambahan daripada 32 pasukan pada kejohanan tahun lalu di Qatar.

Dalam pada itu, Infantino berjanji akan membawa lebih banyak keuntungan dengan anggaran keuntungan sebanyak RM49.5 bilion dalam tempoh lima tahun.

“Keuntungan yang direkodkan meningkat kepada RM33.8 bilion (pada 2022). Ketika saya tiba, rizab FIFA sekitar RM4.5 bilion dan hari ini hampir RM18 bilion.

“Kami berjanji akan mencipta rekod baharu keuntungan sekitar RM49.5 bilion dan (keuntungan) Piala Dunia Kelab tidak termasuk dalam angka itu, jadi ianya akan meningkat beberapa bilion lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan