27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Usaha kelestarian alam sekitar tanggungjawab semua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA ke arah mencapai kelestarian alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan, industri, badan bukan kerajaan, penggerak projek, ahli akademik dan komuniti setempat.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai sebuah agensi penguatkuasa sangat komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

“Dengan menjalankan program pengawasan dan pemantauan alam sekitar serta program komunikasi, pendidikan, kesedaran alam sekitar (CEPA).

“Justeru, ia memerlukan usaha kolektif semua pihak bagi merealisasikan hasrat tersebut,” katanya ketika merasmikan Simposium Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Pemerkasaan Pemantauan Kualiti Alam Sekitar di Sepang hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan empat teras strategik di bawah Pelan Strategik JAS 2021-2030 iaitu Penguatkuasaan Pintar (Smart Enforcement), Malaysia Lestari, Kecemerlangan Jabatan Alam Sekitar dan Keunggulan Global akan menambahbaik dan meningkatkan perkhidmatan JAS dalam memenuhi agenda pembangunan nasional.

“Hal ini selaras dengan matlamat JAS untuk mengimplementasi serta menguatkuasakan polisi, akta dan peraturan dengan efektif dan berintegriti,” katanya.

Ujar beliau, penganjuran simposium ini juga membuktikan komitmen JAS dan industri terhadap pematuhan AKAS 1974 dan juga pembudayaan gaya hidup lestari khasnya di kalangan Rakan Alam Sekitar (RAS) Kluster Industri.

Dalam simposium itu sebanyak 19 pempamer mengambil bahagian yang terdiri daripada pembekal alat kawatan, konsultant berkaitan alam sekitar, pihak makmal serta penyedia program latihan alam sekitar. – Edisi 9


Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan