24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bilik darjah SK Kem Syed Sirajuddin dalam RMK-12

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempunyai perancangan untuk mengangkat permohonan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 4 (RP4) dengan cadangan pembinaan bilik darjah tambahan di Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, walau bagaimanapun, permohonan tersebut adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan agensi pusat serta kedudukan semasa kewangan kerajaan.

“Antara perkara yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk (catchment area) serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya hari ini.

Beliau berkata, KPM sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi dan berada dalam keadaan baik agar menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah.

Kata beliau, kesesakan murid sekolah di beberapa kawasan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang dan di sebahagian daerah di Johor serta sebahagian daerah Negeri Sembilan adalah dalam perhatian KPM.

Advertisements

“Dalam hal ini, KPM telah mengambil langkah yang proaktif untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah tersebut.

“Antara usaha yang diambil oleh pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut adalah melalui penambahan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan keperluan dan kesesuaian tapak, atau pembinaan sekolah baharu,” katanya.

Selain itu, katanya, KPM sentiasa mendapat input dan cadangan daripada jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi cadangan pembinaan sekolah baharu.

“KPM juga akan melaksanakan analisis keperluan pembinaan sekolah baharu secara terperinci,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan