Thursday, July 23, 2026

Alonso terpantas sesi ujian masa kedua GP Australia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA berpengalaman, Fernando Alonso mencatatkan masa terpantas dalam sesi ujian masa kedua Grand Prix (GP) Australia dengan catatan masa satu minit 18.887 saat mengatasi Charles Leclerc daripada Ferrari di tempat kedua.

Leclerc ketinggalan 0.445 saat di belakang Alonso sementara juara bertahan, Max Verstappen merekodkan masa satu minit 19.502 saat untuk berada di tempat ketiga.

Pelumba Mercedes, George Russell berada di kedudukan keempat sementara rakan sepasukannya yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton gagal mencatatkan masa terbaik apabila mengakhiri saingan di kedudukan ke-13.

Lewis Hamilton yang mencatat masa kedua terbaik pada sesi pertama di sebelah pagi berkata, perubahan yang dilakukan untuk sesi ujian kedua membuatkannya sedikit bergelut.

“Hujan renyai-renyai pada sesi ujian kedua dan itu bukanlah satu sesi yang baik. Jadi, dengan keadaan litar yang begini, saya akan lebih mengutamakan keselamatan kereta.

“Seperti yang dilihat pada sesi pagi, keadaan trafik sentiasa menjadi isu di Litar Albert Park. Semua pelumba bergelut pada sesi latihan pertama. Apapun, kami akan cuba tamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik seperti di Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, Russell juga bersetuju dengan Hamilton dengan hujan yang turun mengganggu sesi ujian masa kedua.

“Jadi kita lihat apa yang kami mampu lakukan esok dengan cuaca begini. Kami akan cuba capai tahap maksimum potensi kereta,” ujarnya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan