31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lembaga Pengampunan: Ambil kira hujah hakim senior

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Pengampunan diharap dapat mengambil kira penghujahan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang menegaskan setiap yang dituduh perlu mendapatkan perbicaraan yang adil.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Hakim Besar Sabah dan Sarawak itu merupakan hakim paling senior dalam kalangan lima hakim yang terlibat dalam semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ujar Asyraf Wajdi, antara hujah beliau yang begitu kuat dan membekas ialah keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah.

“Ujar beliau lagi, orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi memuji Abdul Rahman kerana berani berkata benar, selain mendoakan kesihatan Najib.

“Moga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadapi ujian besar ini. InsyaAllah kebenaran dan keadilan pasti akan tertegak jua,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Abdul Rahman yang mengetuai panel hakim mendengar semakan kes sabitan salah dan hukuman itu berpendapat bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengadilan sewajarnya dalam prosiding terdahulu.

Beliau merupakan hakim tunggal menentang keputusan empat lagi panel hakim yang menolak permohonan Najib bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan.

Empat hakim itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang; Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Ketika membacakan penghakimannya, Abdul Rahman berkata, adalah sesuatu yang wajar supaya Najib dibebaskan dan dilepaskan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Malah beliau berkata, panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah menyalahguna kuasa dengan memaksa peguam mewakili Najib untuk meneruskan prosiding walaupun peguam itu (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) menarik diri.

Menurut Abdul Rahman, keputusan perbicaraan rayuan akhir itu tidak benar atau susah untuk dipercayai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan