34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bersama perkasa wanita ke tahap lebih tinggi – Noraini

Noraini kekal jawatan Ketua Wanita UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“AYUHLAH, bersama kita meneruskan pemerkasaan wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!”

Itu kata pertama yang diluahkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad selepas sah mengekalkan jawatan yang disandangnya selepas memenangi majoriti undi pada pemilihan sayap parti berkenaan, semalam.

Noraini juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh Wanita UMNO di seluruh negara diatas kepercayaan diberi terhadapnya.

“Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat

“#SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!, “katanya.

Berdasarkan keputusan, Noraini berjaya menggagalkan kemunculan semula pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dalam saingan sengit pemilihan sayap UMNO itu.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara.

Saingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO pada pemilihan semalam, menyaksikan kedua-dua pemimpin terbabit saling kejar-mengejar dalam jumlah undi yang diterima mereka daripada peringkat bahagian.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pada 2018, memutuskan kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi.

Pada pemilihan UMNO 2018, Noraini berjaya menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Azizah Mohd Dun dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Zaharah Sulaiman. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan