29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dr. Akmal Saleh Ketua Pemuda UMNO baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh sah memenangi jawatan Ketua Pegerakan Pemuda UMNO bagi sesi 2023-2026.

Kemenangan itu disahkan selepas Dr. Muhamad Akmal menerima 105 undi melepas syarat majoriti mudah 96 undi daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Dr. Muhamad Akmal yang merupakan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka berkata, kemenangan besarnya dalam pemilihan kali ini menunjukkan pemuda mahukan perubahan dalam parti.

“Ini menunjukkan ada sinar perubahan yang dimahukan oleh peringkat pemuda. Jadi sudah tentu hari ini UMNO tidak dilihat sebagai golongan elitis. Tetapi UMNO ini dilihat bagaimana seorang anak kampung pun boleh menjadi pemimpin UMNO. 

“Memberikan satu pengharapan yang baharu kepada semua ahli-ahli UMNO. Perubahan itu akan bermula daripada pemuda,” katanya kepada media di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn malam tadi.

Advertisements

Dr. Muhamad Akmal mengenepikan saingan tiga lagi pencabar iaitu Datuk Mohd. Shahar Abdullah, Arman Azha Abu Hanifah dan Tuan Meor Hassan Mat Ali.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Akmal berkata, beliau akan memastikan tiada kem dalam kalangan pemuda dan akan berusaha merapatkan hubungan sesama mereka.

“Kita tiada kem. Dia mesti datang dengan pasukan UMNO. Sudah pastinya ada beberapa tindakan yang kita telah kenal pasti untuk merapatkan jurang antara perpecahan yang berlaku sejak sebelum ini. 

“Dan saya percaya hari ini menunjukkan kesepaduan terbukti daripada undi yang telah diterima. Kalau saya menang satu dua mungkinlah ada perpecahan. Tapi dengan majoriti yang agak tinggi, ini menunjukkan UMNO mesti datang dengan satu pasukan yang kuat, ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan