27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Barcelona dikenakan sekatan perpindahan pemain

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAPATKAN sebanyak RM953 juta daripada jualan pemain atau lupakan hasrat untuk mendapatkan pemain baharu pada musim panas ini.

Gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah dan kemudiannya disingkirkan Manchester United di peringkat kalah mati menyebabkan krisis kewangan semakin menjadi parah.

Presiden La Liga, Javier Tebas berkata, Barcelona kini tiada peluang untuk berbelanja pada jendela musim panas ini.

“Sikap Barcelona (dalam isu kewangan) mencetus persoalan dan memberikan impak ke La Liga dan kami perlu melakukan tindakan sewajarnya. Oleh itu, kami menetapkan mereka tidak lagi boleh menandatangai pemain baharu.

“Kami ada kawalan ekonomi yang ketat dan pada akhirnya di setiap jendela perpindahan, kami akan maklumkan berapa yang mereka boleh belanjakan,” katanya seperti dipetik daripada Daily Mail.

Mengulas lanjut Tebas berkata, dalam kes Barcelona, mereka telah mencatat penurunan gaji dan bayaran perpindahan pemain daripada RM2.8 bilion kepada RM2.1 bilion.

“Justeru, bajet mereka adalah -RM948 juta. Mereka perlu kurangkan pelaburan terhadap pemain dan menggalakkan mereka menjual pemain.

“Ini kerana mereka boleh berbelanja sebanyak 40 peratus daripada setiap jualan pemain,” ujarnya.

Berita baiknya, beberapa pemain Barcelona kini dalam buruan kelab lain yang memungkinkan potensi pendapatan tambahan kelab Catalan tersebut.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan