33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tekong warga Thailand cedera parah diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG tekong warga Thailand yang cedera parah di bahagian tangannya telah diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Kuala Kurau Perak, malam semalam.

Maritim Malaysia melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) ke atas tekong warga Thailand tersebut pada kedudukan 15.9 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau sekitar jam 9.10 malam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau telah menerima aduan melalui panggilan telefon daripada Jabatan Perikanan Daerah Taiping berkenaan seorang tekong bot nelayan tempatan kelas C bernombor pendaftaran PKFA 8133 warga Thailand yang cedera di tangan ketika menangkap ikan di perairan Kuala Kurau.

“Bertindak atas maklumat, pasukan bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Setiba di lokasi, mangsa Channarong Jankaew, 57, disahkan cedera parah di bahagian tangan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dengan menaiki bot KILAT 30.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar menaiki ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut pemilik bot, tangan tekong tersepit pada mesin secara tidak sengaja ketika dia sedang mengoperasikan mesin penggulung pukat menyebabkan luka dan berdarah.

“MEDEVAC ditamatkan pada jam sekitar 12.01 pagi,” katanya.

Jelasnya, Maritim Malaysia ingin menzahirkan penghargaan kepada semua agensi sahabat dan komuniti nelayan setempat yang terlibat bagi menjayakan MEDEVAC ini.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan