30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

50 ambulans domestik ATM, ganti kenderaan usang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 buah ambulans domestik jenis B bagi kegunaan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diserahkan hari ini bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang telah usang dan rosak.

Penyerahan itu telah disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Majlis Simbolik Penyerahan 50 buah Ambulans
Domestik Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Panglima-panglima Perkhidmatan di Padang Kawad Kem Kementah, hari ini.

Mohamad berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan.

“Ini bagi menjaga kebajikan warga ATM termasuk awam Kementah melalui peningkatan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan.

Advertisements

“Perolehan ini dilakukan dengan objektif untuk menaik taraf ambulans domestik di fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, penambahbaikan ambulans domestik ini merupakan satu pelan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan.

“Di samping itu, dapat turut memperkasakan aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia kesan kapal terlibat pelanggaran hilangkan diri

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia sedang mengesan salah sebuah daripada dua kapal dagang yang terlibat dalam pelanggaran di 25 batu...

Lagi Artikel Berkaitan