34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wajibkan Tingkatan 6 beri kesan kemasukan ke matrikulasi, IPT

Mesti Baca

CADANGAN untuk mewajibkan pendidikan peringkat Tingkatan Enam akan memberi kesan kepada kemasukan pelajar ke program matrikulasi serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Tingkatan Enam tidak wajib memandangkan ia merupakan satu laluan pendidikan lepasan menengah, yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

“Tingkatan Enam bukanlah pendidikan wajib. Langkah mewajibkan Tingkatan Enam akan memberikan kesan kepada kemasukan ke program matrikulasi dan IPG (Institut Pendidikan Guru), serta universiti awam dan swasta,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari, beliau mengulangi bahawa kementerian secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu, namun tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengambil pelbagai faktor dan justifikasi berdasarkan pematuhan kepada Akta Pendidikan 1996.

“Perancangan KPM untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan pada Januari dan berakhir pada Disember, perlu memastikan silibus setiap mata pelajaran dapat diselesaikan selain tidak mengganggu jadual peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selain itu ia juga perlu mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu serta ekonomi setempat, dan dalam masa sama KPM perlu mematuhi termasuk bilangan persekolahan yang tidak boleh kurang daripada 190 hari, dalam tempoh setahun,” katanya.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM49.5 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa dengan lebih suara bersetuju.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penggulungannya berkata, pihaknya memberi jaminan, tidak akan ada cawangan parti politik yang ditubuh dalam universiti susulan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM11.7 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan