Tuesday, July 21, 2026

Ayob Khan dilantik sebagai Pengarah JSJ baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan, hari ini.

“Pengarah JSJN Bukit Aman ditukarkan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman yang baharu, berkuat kuasa 16 April ini,” katanya.

Pada 3 Januari 2022, Ayob Khan yang merupakan Ketua Polis Johor kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. 

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan